Lepasan SPM |
Jika Anda Seorang Lepasan SPM

Pengenalan

IMG_9523

Selain daripada pilihan bidang pengajian akademik, kini Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah sangat diiktiraf di seluruh negara sebagai salah satu pendidikan alternatif bagi kebanyakan lepasan sekolah (SPM).

Jika anda sedang merancang untuk memulakan perjalanan menjadi seorang perunding BrandImage, kami menawarkan program yang bertepatan untuk anda iaitu Asasi Perundingan BrandImage dan juga Diploma Perundingan BrandImage bagi memenuhi impian anda.

Ingin ketahui lebih lanjut?

Jangan lepaskan peluang ini. Lihat di bawah untuk informasi lebih menarik.

Laluan Pengajian

infographics SPM (malay)

Program Fasa 1

Asasi Perundingan BrandImage (3 + 6 Bulan)

Kursus ini akan menyediakan dan memperakui calon bukan lepasan SKM untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan teras utama, kemahiran dan keupayaan untuk menyelia, memberi bimbingan dan kaunseling sebagai keperluan dalam melengkapkan fungsi kerja utama sebagai perunding BrandImage yang berkebolehan.

Setelah tamat kursus:

  • • Peserta berkebolehan untuk melaksanakan penyampaian pelajaran dalam kandungan vokasional seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

  • • Peserta mampu membangunkan bahan-bahan latihan berkaitan untuk tujuan aktiviti perundingan.

Program Fasa 2

Diploma Perundingan BrandImage (2 Tahun)

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (HT-092-4:2012) – Perundingan Imej

Kursus ini akan menyediakan dan memperakui calon terpilih untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan teras utama, kemahiran dan keupayaan untuk bimbingan pelanggan dalam pembangunan imej mereka sebagai keperluan penting fungsi kerja utama sebagai perunding BrandImage yang berkebolehan.

Setelah tamat kursus:

  • • Peserta kompeten untuk menganalisa, membimbing dan menawarkan cadangan kepada pelanggan berkaitan dengan bidang perundingan imej seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

  • • Peserta berpeluang untuk memberi sumbangan yang menakjubkan dalam pembangunan perundingan imej di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Cara Memohon?

  1. Lulus SPM dengan minimum 3 kredit
    (Rujuk: http://www.dsd.gov.my/index.php/my/perkhidmatan/skm
  2. Mempunyai minat mendalam dalam bidang perundingan imej.
  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Langkah 1

Hubungi kami & perunding kami akan menerangkan mengenai program yang ditawarkan

Langkah 2

Mendaftar program yang ditawarkan

Langkah 3

Terima surat tawaran program dari Kolej Antarabangsa BrandImage

Langkah 4

Mula Sesi Semester 1 Anda

Struktur Yuran untuk Asasi Perundingan BrandImage

Struktur Yuran untuk Diploma Perundingan BrandImage

Pengeluaran KWSP boleh digunakan untuk program ini. Pengeluaran KWSP ibu bapa untuk permohonan program juga dibenarkan. Selepas pendaftaran, anda akan menerima surat tawaran yang mana anda dikehendaki membawa surat tawaran tersebut kepada KWSP untuk pengesahan dan pihak KWSP akan memindahkan wang daripada Akaun 2 KWSP untuk membayar yuran program.

Barisan Pensyarah Kami

Wendy Lee

(Ketua Perunding BrandImage)
Misi Wendy adalah untuk membantu anda dalam memahami dan memperbaiki penggunaan potensi terbesar jenama dan imej anda melalui penampilan, tingkah laku dan komunikasi anda. Beliau kini merupakan:
• Profesor Adjung untuk Binary University Malaysia
• Presiden, Malaysia Association of Brand & Image Consultants
• Pengarah, Perundingan Imej Chapter One Asia
• Ketua Perunding, Institute Antarabangsa BrandImage
• Ahli, The Association of Image Consultants International
• Ahli, The Federation of Image Consultants (TFIC)
• Ahli, The Association of Colourflair Consultants (MACC)
• Ketua Perunding BrandImage, China Sichuan Chengdu Wuhou New Economy Business Association
Wendy dan para perunding kami telah menubuhkan MABIC (The Malaysia Association of Brand and Image Consultants), yang mana merupakan sebuah pertubuhan yang bertujuan khusus untuk memajukan tahap profesionalisme para perunding dan jurulatih.

Alan Hoo

(Perunding BrandImage)
Keterujaan Alan untuk berkongsi pengetahuan serta minat terhadap latihan telah mendorong beliau untuk terus menyumbang kemahiran untuk membantu meningkatkan kemahiran profesional perkhidmatan dalam pelbagai industri melalui seminar beliau, bengkel atau sesi pengukuhan pasukan untuk menyampaikan nilai-nilai yang kukuh dan hasil yang boleh diukur.
• Berpengalaman selama 10 tahun berkhidmat dalam bidang farmaseutikal serantau / jualan penjagaan kesihatan dan pemasaran.
• Menjalankan pelbagai latihan dalaman untuk kakitangan syarikat di Malaysia, Singapura dan Australia.
• Pengasas kepada Trainers Asia Sdn. Bhd.
• Telah berjaya melaksanakan program latihan untuk klien ternama seperti MEPS, UOB Bank, Public Investment Bank, Bangkok Bank, UMW, Carrefour, Mesiniaga, KPJ Selangor dan Takaful Malaysia.
• Mereka bentuk dan mempelopori pelbagai program berasaskan pengalaman dan tematik dalam industri.
Ringkasnya, beliau adalah seorang usahawan serba boleh dan jurulatih yang mempunyai kesungguhan yang tinggi, di mana beliau percaya bahawa, “Untuk memberikan hanya yang terbaik dan menjadi yang terbaik”.

Li Wei

(Perunding Solekan Profesional)
Merupakan seorang pensyarah dengan 9 tahun pengalaman mengajar, 15 tahun pengalaman sebagai seorang jurusolek artis dalam industri solekan komersial dan kini menyambung pelajaran dalam Diploma Lanjutan, Satir Transformational Systemic Therapy.
• Penuntut Diploma Lanjutan, Satir Transformational Systematic Therapy. (Satir Institute of The Pacific, Canada)
• Pemegang Diploma, Dandanan Rambut. (London Academy of Media Film and Television, England)
• Pemegang Sijil, Latihan Solekan Lanjutan. (Starz Image, Malaysia)
• Pemegang Sijil, Program PSMB Train The Trainer (TTT). (PSMB, Malaysia)
• Pemegang Sijil, Professional Upgrade Hair Styling Programme. (Yalan Huang Create Stylist, Taiwan)
• Ditemu bual oleh NTV 7, 8TV 8 style, 8TV Eve’s Diary, Vida Magazine, Her World Magazine dan banyak lagi.
• Hasil kerja telah muncul dalam banyak majalah popular seperti Her World, My Wedding, New Tide dan banyak lagi.
• Bekerjasama dengan Celebrity Contribute bersama-sama Her Work Magazine, Style Magazine, Newtide Magazine, Jasmine Magazine dan banyak lagi.

Hubungi Kami