Sebuah Pusat Bertauliah Dalam Bidang Perundingan Imej Yang Pertama Di Malaysia Yang Diluluskan Oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kod Rasmi Pusat: L02541

Kami teruja terhadap minat anda dengan Kolej Antarabangsa BrandImage

Misi kami adalah untuk melengkapkan diri anda dengan kemahiran terkini yang diperlukan dalam kerjaya anda!

Kini, dunia memerlukan anda. Ia memerlukan sesuatu yang unik yang anda impikan semasa anda masih kecil.

Sama ada anda ingin memulakan perniagaan sendiri atau mencari peluang pekerjaan yang terbaik dalam sektor swasta, kami sedia membantu dalam menjadikan impian anda suatu kenyataan di samping mampu menjanjikan pulangan lumayan.

Selepas berjaya melatih lebih daripada tujuh puluh ribu eksekutif korporat, tinggi harapan kami agar dapat membantu anda dalam merealisasikan perkara yang sama.

Seperti Yang Dilihat Di

Diploma Perundingan BrandImage
Adalah diiktiraf oleh

 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia

&
Malaysia Association of Brand and Image Consultants (MABIC)

jpkx200
mabicx200

Program Ini Sesuai Untuk

Berikut Merupakan Program Yang Kami Tawarkan

IMG_1945

Diploma Perundingan BrandImage

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (HT-092-4:2012) – Perundingan Imej

Apa Yang Bakal Anda Pelajari

• Perundingan Warna & Gaya

• Perundingan Penggayaan Fesyen

• Perundingan Pembeli Peribadi

• Perundingan Solekan

• Perundingan Penggayaan Rambut

• Perundingan Penggayaan Kuku

• Perundingan Servis Penjagaan Kulit

• Perundingan Imej Dalaman

Berikut Merupakan Peluang Kerjaya Jika Anda Ingin

Memulakan Perniagaan Sendiri

Perunding Peribadi
BrandImage
Perunding Fesyen
Perunding Korporat
BrandImage
Jurugaya Fesyen &
Pembeli Peribadi

Berikut Merupakan Prospek Kerjaya Anda Yang Bakal

Mendapat Permintaan Tinggi

Industri Penerbangan Dan Hospitaliti
Pembeli Peribadi
Sumber Manusia / Perjawatan / Jabatan Latihan
Industri Kecantikan & Kosmetik
Perunding Imej / Jurugaya Fesyen
Penjenamaan Korporat

Bagaimana Kami Menyokong Anda Untuk Terus Berkembang Selepas Tamat Pengajian

Bimbingan Sepanjang Hayat

Anda akan dibimbing secara berterusan oleh ketua perunding kami walaupun telah tamat pengajian.

Pembelajaran Berasaskan Kerja

Anda berpeluang mengikuti sesi latihan sebenar perunding kami untuk tujuan pendedahan dan peluang pembelajaran.

Latihan Ulang Kaji

Kami menyediakan banyak sesi latihan ulang kaji bagi memastikan anda sentiasa dibekalkan dengan kemahiran terkini dalam bidang BrandImage.

Perjumpaan Bersama Semua Pelajar

Merupakan sebuah medium terbaik untuk kembali turut serta, berkongsi dan membina jaringan secara langsung bersama semua pelajar, di samping dapat menambah kenalan baru!

Peluang Mengendalikan Sesi Latihan Imej

Setelah anda benar-benar bersedia, anda berpeluang bekerjasama dengan kami dan mula membina kerjaya anda!

Penglibatan Dalam Acara Pertunjukan Fesyen

Para pelajar berpeluang melibatkan diri dalam acara pertunjukan fesyen, di samping dapat menambah kenalan baru.

Wendy Lee

Ketua Perunding BrandImage Kami

Wendy telah melatih dan membimbing lebih dari 70,000 eksekutif korporat, bagi membantu dalam memahami dan meningkatkan kualiti jenama dan imej mereka melalui aspek penampilan, kelakuan dan komunikasi. Antara klien korporat beliau termasuklah Unilever, Sunway Group, CIMB, Bank Negara, Petronas, Citibank, DRBHICOM, Genting World Resorts, Scope International, UMW, DHL, Shang-ri-La Hotel, Mandarin Oriental Hotel, dan banyak lagi.

• Profesor Adjung untuk Binary University Malaysia.

• Presiden, MABIC (The Malaysia Association of Brand and Image Consultants).

• Penerima anugerah The Asian Image Consultant of the Year oleh The Australian Image Company.

• Kolumnis untuk The Star – Mystarjob.com, Miss Behave column, Clovetwo,dan Malaysia SME’s Pillars.

• Penulis buku Up Your Value!

• Panel hakim bagi pertandingan The Miss Astro Chinese International Pageant.

• Muncul dalam Astro, 8TV, RTM, TV3, NTV7, RedFM, Capital FM, BFM, The New Straits Times, The Star, Sin Chew Jit Poh, Her World, Feminine, In Trend, Cittabella, Cleo, etc.

Sesi Pembelajaran

Pengeluaran KWSP Disediakan Bagi Permohonan Kursus!

(KWSP Ibu / Bapa adalah dibenarkan)

Bilik Kuliah / Praktikal Kami

Hubungi Kami





Rakan Niaga Kami

Kumpulan Syarikat Kami

Soalan-Soalan Lazim

Mengenai Perunding BrandImage

J: Perunding BrandImage merupakan seorang profesional bertauliah yang memberi latihan perundingan kepada individu dan organisasi korporat tentang kelangsungan jenama individu dan korporat mereka.
J: Perunding BrandImage berbeza dari Perunding Imej biasa dalam banyak sudut. Perunding BrandImage dilatih dalam kedua-dua aspek utama merangkumi kemahiran jenama dan imej, serta saling berkaitan dalam kedua-dua aspek penjenamaan peribadi and korporat dalam membantu klien membangunkan pakej jenama dan imej yang menyeluruh.
J: Ya, benar! Ramai pelajar yang telah menamatkan kursus bagi memenuhi kepentingan peribadi dan maklum balas yang diterima amat membanggakan. Ada di antara mereka yang telah menggunakan pengalaman ini untuk tujuan peningkatan mutu kerjaya atau perkembangan perniagaan yang cemerlang. Kesimpulannya, semua pelajar mempunyai kadar kepuasan di tahap 100% dengan kebanyakan testimoni menyatakan bahawa meskipun tidak memilih untuk tujuan profesional namun kursus ini menjanjikan perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik!
J: Tanda dagangan ini telah didaftarkan and dilindungi dibawah akta hak cipta. Setelah tamat pengajian, pelajar akan dianugerahkan ‘Associate BrandImage Consultant’ @ ABIC yang diiktiraf oleh institut kami.
Oleh yang demikian, para graduan akan memiliki kelebihan tersendiri dalam penggunaan terma ini (ABIC) di akhir nama anda sekali gus bakal melabelkan anda sebagai seorang profesional bertauliah BrandImage.
J: Semua persijilan kursus dikeluarkan oleh pihak kolej, persatuan MABIC dan diiktiraf sebagai persijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.
J: Program diploma Kolej Antarabangsa BrandImage adalah satu-satunya program yang sedang pesat membangun bagi memastikan setiap individu yang berjaya menamatkan pengajian dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam aspek Penjenamaan dan Imej. Ia juga merupakan satu-satunya kursus pensijilan imej yang diiktiraf oleh industri di Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), dibawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Persijilan ini menyediakan suatu laluan kerjaya menarik dan peluang perkembangan peribadi untuk setiap pelajar di samping ia juga setara dengan pilihan kerjaya lain berdasarkan kelulusan akademik. Tambahan pula, persijilan ini turut selari dengan perlaksanaan Akta 2007 Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).
J:
• Meningkatkan tahap kejayaan perniagaan anda.
• Melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan berharga.
• Bergerak lebih jauh di hadapan terhadap persaingan.
• Meningkatkan tahap profesionalisme anda.
• Meluaskan skop kerjaya anda.
• Berpeluang bekerjasama dengan klien individu mahupun korporat.
• Berpeluang membina jaringan rakan niaga yang luas. Termasuklah pendandan rambut, juru solek artis dan sebagainya.
• Berpeluang bekerja dengan pelbagai sektor awam dan swasta. Anda juga berpeluang untuk bekerja dengan pelbagai pihak media termasuk media massa dan cetak.
• Waktu bekerja yang fleksibel.
• Pendapatan / bayaran yang lumayan.
J: Kebanyakan graduan kami memulakan perniagaan rundingan BrandImage sendiri. Mereka akan bekerja untuk klien dan menawarkan servis perundingan peribadi, sesi makeover, penampilan media, penggambaran fesyen, latihan korporat dan sebagainya. Khidmat anda juga akan mendapat permintaan tinggi di bahagian latihan jabatan sumber manusia dalam mana-mana organisasi.

Mengenai Kursus Yang Ditawarkan

J: Diploma Perundingan BrandImage merupakan tahap pertama di mana pelajar akan dilatih untuk membantu individu, klien persendirian dan juga korporat dalam aspek perundingan jenama dan imej.
J: Mod pengajian adalah berdasarkan pembelajaran sepenuh masa. Kaedah yang digunakan pula adalah berteraskan sesi syarahan, demonstrasi, aplikasi secara praktikal melalui kajian kes, dan latihan industri dengan bekerja bersama-sama klien terpilih. Penilaian adalah berdasarkan 70% latihan praktikal berasaskan kerja dan 30% peperiksaan akhir untuk setiap program.
J: Program di Kolej Antarabangsa BrandImage akan mengutamakan penggunaan Bahasa Inggeris. Namun, perunding akan turut menggunakan bahasa Melayu & Mandarin dalam membimbing pelajar semasa sesi pembelajaran.

Pendaftaran Dan Butiran Kewangan

J: Pelajar dikehendaki untuk membuat pembayaran sebelum bermula suatu semester di setiap semester semasa permulaan kursus. Pelajar boleh memilih untuk membayar secara tunai, kad kredit ataupun cek.
J: Tiada sebarang pilihan bayaran secara ansuran untuk pelajar bagi pembayaran yuran pengajian namun jumlah yuran keseluruhan telah diasingkan untuk dibayar mengikut setiap semester.
J: Syarat kemasukan minima adalah SPM untuk program di Kolej Antarabangsa BrandImage.